Life as a motherhood 💋
Assalamualaikum semua :)
yes dah lama rasanya tak updated blog tapi baru harini berkesempatan nak updated and nak ubah sikit design blog ni ,ALmaklumlah dh jadi mak2 ni kene lah design mcm mak2 jugak kan?hiks!yay nur hanan umaira dah genap 7 bulan lebih ,Alhamdullilah membesar dengan sihat ya nak?tak sangka rasanya mcm baru je sakit nak bersalin kan dia tup tup dah 7 bulan.Lagi 5 bulan hanan nak genap  setahun.

Fresh from the oven :) ! Masa ni hanan baru 2 jam dilahirkan.Okay nak start dari mana ya?okay alea start mula rasa contraction tu masa dekat rumah mertua tapi alea ingatkan cuma sakit perut biasa tapi alea pelik jugak lah sebab setiap minit asyik masuk toilet sampai air warna putih yang keluar,Almaklumlah anak sulung so tak ada pengalaman lagi tapi alea mula start rasa mcm lain je bila dah nak maghrib sakit nya hanya allah je yang tahu tapi lepastu sakit tu hilang,Bila dh balik rumah parents alea haa alea rilek lagi sempat tengok cerita diwali lagi tu hahahaha.Dalam pukul 3 lebih macam tu alea dah mula rasa sakit perut yang amat sangat sampai ayah siap kira berapa kali dah alea keluar masuk bilik air,Rupanya dah 10 kali hahaha.Genap pukul 6 pagi alea nak pergi mandi sebab tak selesa kan rupa rupanya alea dh turun darah sikit.Jadi dengan muka gembira nya alea mandi wangi2 semua pakai lawa2 lepastu siap call kawan alea bagitahu nak bersalin dah hahahaha,
Dalam pukul 6.30 pagi macam tu alea sampai hospital masuk dekat bilik menunggu jap rehatkan badan lepastu datanglah doktor lelaki india nak check berapa dah cm terbuka. Alhamdullilah dah 5 cm terbuka so terus masuk labour room.Pertama kali okay dalam hidup alea naik kerusi roda tu rasa nak gelak pun ada,Jujur alea cakap alea rasa mcm bukan nak pergi beranak je time tu sebab boleh lagi gelak borak dengan nurse walaupun contraction serang.Masuk je dekat area labour room nasib baik lawa gila labour room dia.Dah tak macam dulu lagi.Sebuah bilik yang penih dengan peralatan nak keluarkan baby.Alhamdullilah bilik bersalin alea dapat mengadap pemandangan seremban.Tenang sikit hati alea walaupun doktor india perempuan pula dah pecahkan air ketuban tu.Bila air ketuban dah pecah , rasa sakit contraction tu datamg setiap 2 minit . Alea rasa macam nak melengkung besi katil tu bila setiap kali contraction datang.Tapi yang buat alea semangat bila doktor pasangkan mesin dengar jantung baby ya allah indah sungguh ciptaan tuhan.Bukan main laju lagi degupan jantung anak ibu ni :) ! Tengah2 practise nak push alhamdullilah lahirlah puteri sulung kami Nur Hanan Umaira pada pukul 9.00 pagi tarikh 11 Julai 2016 bersamaan 6 syawal :) 
Saat doktor letak hanan dekat atas dada alea hanya tuhan je yang tahu betapa sebaknya perasaan tengok anak sendiri.Tak pernah terlintas dekat hati akan ada anak sendiri tapi bila dah ada depan mata hanya tuhan yang tahu.Alhamdullilah lepastu doktor ajar cara nak bagi susu badan dekat hanan,Mula2 hanan tolak iyalah dia baru keluar lagi kan jadi dia tak pandai lagi dah lama2 tu dia yang cari sendiri.Berat hanan masa lahir 3.2 kg.

umur 2 hari :)

umur 3 bulan :)

umur 7 bulan :)
GirlBehindTheScenes♥
GirlBehindTheScenes♥
Disclaimer
" 


