THE END OF MEMORY

Hai korang.Rasa lama gila dah buka blog ni sejak habis peperiksaan percubaan SPM ni.Alhamdullilah dah lepas pun peperiksaan percubaan dan hasilnya begitu memuaskan hati.Maksud di sini bukan lah dapat A tapi banyak kredit.Kalau tak silap 4 kredit yang aku dapat.Okaylah tu dah boleh lepas masuk universiti.Okay setelah berbincang dengan mama dan ayah akhirnya diaorang setuju nak masukkan aku dekat SEGI COLLEGE :) kikikikiki bersama lagi lah kitaorang .KITAORANG tu ialah yaya,yadeii,gemok dan izzati.Bakal mengambil course perhotelan dan seni kulinari.Wahhhh hebat-hebat !!!!

Bila diingat-ingat kan balik rasa macam sekejap je masa berlalu.Rasanya baru kaki ni melangkah masuk alam sekolah menengah tapi sekarang ni kaki ni dah nak melangkah keluar dari alam persekolah.Ingat lagi masa baru-baru nak masuk tingkatan 1 ya allah terasa cuak gila dekat dalam hati ni sebab takut kene buli dengan senior-senior dekat sekolah tu.Huhuhuhuhuhu kelakar gila bila fikir macam tu.Almaklumlah budak-budak lagi kan masa tu?Ingat lagi masa tingkatan 1 aku suka pakai tudung singkat,kain singkat,stoking pendek dan yang tak boleh tahan pakai bedak tebal-tebal.Kikikikikikikiki sumpah kelakar.Bak kata yadeii dulu "Kalau aku sembur air dekat muka tu haa jauh berbeza dengan muka kau sebenarnya alea" hahahahahahaha okay-okay yadeii.Tapi aku tak tahulah kenapa masa tingkatan 1 aku boleh blur sangat-sangat .Ya allah rasa kelakar.Rasa nak hempuk kepala ni dekat dinding.Serius aku tak matang lagi walaupun dah naik tingkatan 1.Tapi aku matang bila dah ternampak crush merangkap pakwe sekarang ni dating dengan ex dia dulu.Kikikikikikiki tengok setia tau I tunggu dia dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4.Last-last jadi milik aku jugak.Alhamdullilah :)

Masa tingkatan 1 kalau tak silap aku kelas 1 Dinamik.Dalam kelas tu aku paling rapat dengan Sufian Daud dan Mukhris.Kitaorang dipanggil tiga serangkai sebab manjang berkepit je.Kikikikiki ingat lagi masa tu waktu bm haa aku,pian dan mukhris bebel-bebel dekat belakang padahal cikgu tengah mengajar dekat depan tu last-last cikgu bengang haa cikgu amik pembaris kayu yang panjang tu then dia hempuk pembaris tu dekat kepala kitaorang.Masalahnya kitaorang ni memang degil memang tak dengar cakap cikgu.Kitaorang boleh lagi borak tu bila dah kene hempuk dengan pembaris kayu tu.Kikikikikikikiki hebat-hebat.

Bila dah naik tingkatan 2 haa aku kene sekolah petang.Okay sumpah bosan!Balik dah lah pukul 6 lebih macam tu.Bila lalu je dekat koridor sekolah tu rasa macam dah malam je sebab gelap je.Dah naik tingkatan 2 haa macam dah alim sikitlah.Pakai tudung labuh.Kain sekolah dah tak singkat dah :D dipendekkan cerita dah tak tegar lah macam dulu ! Bedak pun dah tak pakai.Hanya neutral beauty.Rimas nak pakai-pakai bedak ni.Dahlah sekolah petang haa nak pakai bedak lagi.Memang tak lah kan?Tapi masalahnya bila dah naik tingkatan 2 ada satu penyakit yang berbahaya datang dekat dalam diri ni!Penyakit "MALASSSSSSSSSSSSSS".Jangan cakap malas dia macam mana lah kan?Cikgu suruh buat kerja sekolah tapi aku tak pernah buat pun.Datang sekolah lenggang kangkung je.Haa kadang-kadang tak datang sekolah langsung.Tegar macam tu lah padahal nak PMR tahun depan tu.Alea alea alea -,- 

Dah naik tingkatan 3 haa dah ada sifat matang sikit lah.Terutamanya perasaan "MALU" tu haa dah berleluasa dekat diri ni.Tambah-tambah lagi perasaan malu bila berhadapan dengan lelaki.Boleh jadi huru-hara bila cakap dengan lelaki.Huhuhuhuhhu.Tapi masa tingkatan 3 aku sibuk dengan latihan bola tampar dan tuisyen.Balik dari latihan bola tampar dah pukul 7 lebih lepastu tuisyen start pukul 8.Balik dari tuisyen dah kene study balik.Memang tak cukup rehat lah kiranya.Tu pasallah badan aku dah mula susut sikit masa tingkatan 3 sebab aku kurang makan atau tepatnya tak makan langsung.Dah macam mayat hidup dah aku masa tingkatan 3.Aku rasa macam jasad aku ada tapi roh aku macam melayang-layang.Sikit-sikit nangis sikit-sikit nangis.Aku tak boleh sorang-sorang sebab aku akan nangis.Tapi bila dengan kawan-kawan aku rasa gembira.Rasa masalah aku semua hilang.Dari situ aku dah tekad aku tak nak kenangkan balik masa tingkatan 3 sebab macam badi !!!!!!!

Hasil keputusan PMR kurang memberansangkan.Aku dapat 3B 3C 2D.Menangis giila-gila aku sebab dah study betul-betul tapi hasilnya macam tu jugak!!Bila dah naik awal tahun tingkatan 4 kitaorang kena pilih kelas dulu ikut result PMR.Mula-mula aku mohon kelas  Dinamaik sebab tak nak berpisah dengan budak-budak ni tapii tak boleh sebab math aku dapat D.So cikgu suruh masuk kelas Efektif.Haaa nak nangis sebab tak kenal siapa-siapa dekat dalam kelas tu.Ingatkan alif hazwan tak pindah haa boleh lah duduk dekat sebelah dia nanti bila dalam kelas tapi dia pindah.Okay kau sangat hampeh alep !!!!Tapi dah lama-lama tu aku dah boleh masuk dah dengan budak-budak kelas tu.Tapi masa mula-mula masuk tu aku paling benci dan sangat benci dengan budak ni.Nak tahu siapa?Jeng jeng jeng  RAZAIN lah !!!!Siapa lagi???Benci dekat dia sebab aku dah lah suka dekat dia lepastu ada ke patut kitaorang satu kelas?Memang senanglah aku nak mengaku dekat dia yang aku suka dia.





Okay rindu gila time ni.Masa ni akhir tahun tingkatan 4.Sekejap je masa berlalu dan cikgu nabila and cikgu fairuz dah nak pindah dah.Dua orang cikgu tu memang the best lah.Tambah-tambah lagi cikgu nabila!!!Crush aku tu cikgu nabila!!!!Sekarang ni dah nak habis sekolah dah.Lagi beberapa hari je lagi nak SPM .Lepastu dah habis SPM sure masing-masing terpisah.Iyalah dengan ada yang masuk PLKN lagi.Entah bila lagi nak jumpa dengan diaorang.Entah-entah dapat jumpa diaorang bila masa kahwin nanti kikikikiki :D 
















Dan akhir sekali alhamdullilah secara rasminya pelajar tingkatan 5 sekolah menengah kebangsaan taman tuanku jaafar telah menamatkan sesi persekolah bagi tahun ini kikikikikiki :D


-END-



"Happy 1 anniversary 1 month sayang.I love you to the moon and back"



GirlBehindTheScenes









GirlBehindTheScenes♥



Disclaimer

"
21.a wife and a mother. instagram : alea.azzatie