Selamat Hari Raya

Hai korang Selamat Hari Raya !Dah raya dah pun dan dah masuk raya keempat dah !Tapi raya tahun ni macam tak best sebab nak espeyemmmmmm !Seram okay ?Tapi macam biasalah macam-macam tragedi berlaku masa malam raya dan yang aku pelik sangat tu kenapa kalau malam raya mesti ada benda berlaku dekat diri aku ni ?Cuai sangat ke aku ni?Soalan yang tak akan terjawab sampai bila-bila !

Masa malam raya tengah dok sibuk mengosok baju kurung raya then sambil gosok sambil tengok cerita setia hujung nyawa raya entah macam mana seterika tu boleh terjatuh terkena kaki.Ya allah perasaan aku masa tu "eh kaki aku kene seterika ke" Masa tu pula aku tengah gosok baju kurung mama haa mama apalagi dia membebel mengalah kan mak nenek.Hahahahhahahaha nampak sangat mama lagi sayang kan baju tu dari aku !Lepastu aku nangis dalam hati!hebat kan aku?Boleh menangis dalam hati ?Tapi kalau dah penuh sangat air mata ni haa mengalir jugak dekat mata ni air mata ni ha.

Bila dah pagi raya rasa macam tak semangat je sebab entahlah aku pun tak tahu !Tapi lepas semua budak-budak lelaki dalam rumah ni pergi sembahyang raya haa aku apalagi melantak semahu-mahunya.Mahu balas dendam selama sebulan puasa.Rendang uwan pewhh terbaik lah !Rasa nak jilat-jilat pinggan tu sebab sedap !



Tak cantik baju kurung aku tahun ni?Kenapa?sebab sepatutnya baju tu kitaorang ada tambah lace warna hitam dekat lengan tapi disebabkan baju ni dapat lambat so terpaksa ditundakan buat lace tu.Hailaa apalah malang nasib ni dapat tailor yang pekak!Aku tak nak buat kain belah tapi aku nak buat kain lipat batik tapi dia bantai pergi buat kain belah.Hai tailor kau ni geti buat ke tak?

Duit raya jangan lah cerita memang sedikit lah tahun ni.Selalunya raya pertama je dah ada RM 100 lebih dalam angpau tapi raya tahun ni tak tahu lah kenapa macam kurang RM 50 je?Hailaaa untung adik-adik aku dapat duit raya banyak !Hello aunty uncle I'm still 16 years old okay?So I wanna duit raya please lah give it to me asap !Tengah hari tadi kira balik duit raya semuanya ada RM 81 .Alahai dalam kepala otak ni dah macam-macam benda nak beli dah terutamanya kasut,handbag,baju,seluar,perfume and jam !Semua tu harus ada dalam kamus hidup aku !Kalau tak ada terasa hidup aku tak perfect sangat-sangat !And dalam kepala otak ni dah fikir nak ajak yadeii pergi KL nak pergi butik mango and zara !Nak cari sehelai baju and seluar ke ? Harap-harap ayah bagi lah !



Cantik tak kasut baru kita *kelip-kelip mata* hihihihihi dah terasa macam pakai kasut ala-ala koboi pulak dah lah warna dia striking hehehehehehehe kasut ni aku beli dekta vincci accessories dekat AEON !Sebenarnya kan kasut ni besar tau huhuhuhuhuhu saiz 7 aku pilih.Nampak sangat kaki aku kecil lagi comel huhuhuuhuhuhu ingatkan nak beli vans tapi saiz untuk perempuan dah habis stok.Alahai kenapa kenapa kenapa ?Nak menangis lagi !Alea alea alea !Actually kan aku tak tahu nak tulis apa lagi so better aku  stop meraban sebelum melalut-lalut aku tulis.


GirlBehindTheScenes


GirlBehindTheScenes♥



Disclaimer

"
21.a wife and a mother. instagram : alea.azzatie